Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan langkah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk menyaman bekas jurulatih kebangsaan Razif Sidek berhubung dakwaan beliau terlibat dengan penggunaan dadah sebagai satu tindakan peribadi. Jelasnya, beliau tiada sebarang halangan kepada pemain badminton nombor satu negara itu untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung isu berkenaan.