Ibubapa yang menghantar anak ke luar negara terutama di Timur Tengah dinasihatkan supaya mengikuti perkembangan anak dan sentiasa berhubung dengan mereka. Ia bagi mengekang serta mengelakkan mereka daripada terpedaya dengan pengaruh dan ajakan gerakan militan untuk menyertai kumpulan itu.