Bagi setiap tiga orang rakyat negara ini, seorang daripadanya menghidap penyakit darah tinggi. Manakala dalam setiap enam orang, seorang daripadanya didapati menghidap kencing manis. Bagaimanapun, statistik di Kedah mendapati seorang daripada setiap empat orang dilaporkan menghidap kencing manis dan darah tinggi sekaligus menimbulkan kebimbangan akan trend masalah kesihatan yang kian serius itu.