Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng enggan memberi sebarang reaksi mengenai cabaran rakan sejawatnya dalam PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat. Mustafa pada Rabu, mencabar Guan Eng bersemuka bagi berdebat isu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan serta bantahan DAP terhadap hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan.