Tiada kes culik kanak-kanak untuk tujuan penjualan organ. Kementerian Dalam Negeri menafikan laporan yang tersebar di media sosial mengenai kes demikian berlaku di dalam negara. Risikan kementerian mengesahkan tiada maklumat diperoleh berkaitan sindiket dan penjualan organ.