Kerajaan Persekutuan diharap dapat memberi kelulusan segera supaya kerosakan harta benda awam yang dianggarkan bernilai RM302 juta akibat bencana banjir di terengganu pada akhir tahun lepas dapat dibaiki segera. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, baginda difahamkan jumlah kerosakan harta benda awam seperti jambatan, jalan raya, klinik kesihatan dan balai raya itu telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.