Pengendali kebangsaan Dollah Salleh memuji perwatakkan barisan pemain negara, yang berjuang sehingga wisel penamat ketika menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Nasional Kallang pada Sabtu. Kemenangan dalam aksi kumpulan B ini, membolehkan Harimau Malaya ke separuh akhir Piala Suzuki AFF.