Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
Seorang anggota polis dari Balai Polis Kampung Tawas, Ipoh terpaksa menjadi "bidan terjun" bagi menyambut kelahiran bayi perempuan kepada wanita berusia 38 tahun yang tidak sempat ke hospital.
Konstabel Nor Hasliza Abdul Jalil bergegas apabila seorang lelaki yang meminta bantuan kerana isterinya dalam kesakitan untuk bersalin.