Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan memberi jaminan akan mencari jalan untuk memastikan rumah kekal untuk mangsa banjir siap sebelum Aidilfitri nanti.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Azhar Mohd Yusuf berkata kekangan utama yang melambatkan proses membina rumah kekal itu adalah mengenal pasti tanah yang tidak terlalu jauh sehingga menyebabkan mangsa banjir enggan berpindah.