Pendermaan organ dalam kalangan masyarat Malaysia mula mendapat perhatian serius apabila lebih 260 ribu rakyat Malaysia berikrar sebagai penderma organ dari tahun 1997 sehingga 30 September tahun ini. Jumlah itu bagaimanapun masih kurang satu peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia yang mencecah 28 juta orang.