DRB-HICOM Bhd tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan harga kereta dalam pengurusannya buat masa ini walaupun kedudukan ekonomi ketika ini mencabar.
Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Mohd Khamil Jamil, sebaliknya berkata kumpulan itu sudah menyediakan pelan bagi menampung impak ekonomi yang perlahan serta penyusutan ringgit.