Masyarakat perlu menggubah tanggapan bahawa Jabatan Insolvensi merupakan agensi yang bertanggungjawab memufliskan individu, syarikat atau sesebuah organisasi. Sebaliknya,Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata jabatan itu memainkan peranan penting dalam membantu mana-mana pihak keluar daripada status muflis, selain membantu pemiutang mendapatkan kembali wang yang dihutang.