Enam ahli kumpulan 'Geng Tebuk Vietnam' dipercayai bertanggungjawab ke atas beberapa kegiatan jenayah di melaka diberkas polis. Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata empat daripada enam suspek terbabit ditahan selepas berada dalam keadaan mencurigakan ketika menaiki sebuah kereta.