Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan kematian bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik sebagai satu kehilangan kepada negeri itu. Katanya, ahli jawatankuasa Pas pusat itu juga memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan Terengganu.