Pemaju projek dan ahli lembaga pengarah syarikat bakal disenarai hitam sekiranya projek terbengkalai. Tindakan kerajaan mengikut akta 118 dan akta 757 itu akan mengakibatkan pemaju terbabit tidak boleh memohon lesen, permit serta jualan projek perumahan berikutnya.