Industri aeroangkasa Malaysia diunjur menyumbang RM32.5 bilion pendapatan menjelang 2030. Ia selari dengan pelancaran Blueprint Industri Aeroangkasa Malaysia 2015 2030 bersempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi Lima 2015. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata malaysia memulakan usaha mengukuhkan industri itu sejak Blueprint pertama pada LIMA 1997.