Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange (TRX). Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah menerusi kenyataan. Menurut beliau, langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestic.