Tiada keperluan untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji kelemahan dan kekurangan dalam pengurusan banjir yang melanda negara Disember lepas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun memaklumkan, kerajaan akan mengkaji peraturan tetap operasi (PGO), pengendalian bencana banjir dan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan agensi kerajaan yang terlibat dalam bencana alam.