Cukai barangan dan perkhidmatan, GST dianggap sistem cukai yang baik kerana lebih berkesan, telus dan mesra perniagaan. Ia juga boleh merangsang pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya saing pasaran global. Namun masih ada yang skeptikal pelaksanaannya akan menyukarkan rakyat ketika kos sara hidup semakin meningkat.