Malaysia menimbang kemungkinan menghantar lebih banyak aset dalam air bagi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun hussein berkata, jawatankuasa penghantaran aset yang diketuai Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri sedang mengkaji perkara itu.