Satu jawatankuasa khas sektor perkhidmatan telah ditubuhkan. Penubuhan jawatankuasa itu termaktub dalam Blueprint Sektor Perkhidmatan dan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha itu disifatkan mampu meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat masa kini.