Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan GST adalah harus dan ia terbukti berjaya di 169 buah negara, termasuk negara-negara Islam. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata keputusan sudah dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-106 yang bersidang pada Oktober tahun lalu yang memutuskan hukum pelaksanaan GST adalah harus.