Semua mangsa yang selamat yang ditahan di Balai Polis Telok Panglima Garang, Banting telah dipindahkan ke ibu pejabat polis daerah Kuala Langat. Mereka terdiri daripada 23 lelaki dan 8 wanita. Ia termasuk seorang wanita yang mengandung 2 bulan. Mereka dibawa ke kuala langat bagi tujuan dokumentasi dan juga untuk disoal siasat.