Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan nama baru bagi beruang panda gergasi dari China pada hari haiwan berkenaan dipertontonkan kepada umum akhir Jun ini.
Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel, nama baru pasangan panda itu sudah dibincangkan antara Perdana Menteri dan Duta Besar China di Malaysia, Doktor Huang Huikang.
Serentak pengumuman itu, platform media sosial Twitter dibanjiri dengan pelbagai nama pilihan pengguna.
Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.