Penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia, DSA 2014 dilihat penting kerana ia memberi ruang kepada syarikat pertahanan tempatan mempromosikan produk mereka.
Ia pada masa sama memberi peluang kepada syarikat kecil untuk bersaing dengan syarikat pertahanan gergasi yang sudah pun mempunyai sasaran pasaran dan pelanggan mereka tersendiri.