Bersempena Majlis Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ke-87 pada Sabtu, satu istiadat pesembahan kek dilakukan dengan penuh istiadat di balai penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar. Istiadat persembahan kek dilakukan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.