Persatuan Pelancongan dan Warisan Melayu Pulau Pinang (SAHABAT) akan terus mempertahankan bangunan warisan peninggalan tokoh sasterawan Melayu, Syed Syeikh Al Hadi. Menurut SAHABAT, ia kini berusaha untuk mendapatkan semula rumah yang terletak di Jalan Medan Tunku, Jelutong, yang dijadikan tempat ibadat agama lain sehingga kini.