Kejadian tongkang karam sering berlaku di perairan Selat Melaka kerana ia merupakan hotspot yang sering digunakan oleh pendatang tanpa izin sebagai laluan keluar masuk ke negara ini.
Laluan berkenaan yang sentiasa sibuk dengan aktiviti kapal dagang serta nelayan itu, menjadikanya pilihan pati yang terdesak mahu meloloskan diri dari pemantauan serta sekatan pihak berkuasa.