Seorang wanita warga emas meninggal dunia dalam penerbangan pulang daripada mengerjakan umrah bersama keluarga Jumaat lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham abdullah memaklumkan Keputusan awal bedah siasat bagaimanapun mendapati wanita berusia 89 tahun itu negatif jangkitan sindrom pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (Mers-Cov).