Pelancong pilih inap desa destinasi percutian

Astro AWANI 2017-12-06

Views 3

Percutian di inap desa antara yang menjadi trend di kalangan pelancong ketika ini, bukan sahaja di kalangan pelancong tempatan, malah pelancong asing kini semakin ramai memilih untuk tinggal di inap desa. Melaka antara negeri yang banyak menawarkan percutian secara inap desa. Dengan harga sewaan serendah RM50 untuk satu malam, ia dilihat sangat berbaloi berbanding hotel besar yang menyediakan kelengkapan mewah buat pengunjung. Bagi pengusaha inap desa agrotourism homestay di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Suparman Abu berkata, permintaan pelancong domestik dan luar negara di tempatnya begitu menggalakan dengan menerima kunjungan lebih dua orang pelancong.

Share This Video


Download

  
Report form