Mayat mangsa akan diurus dengan sempurna

Astro AWANI 2017-12-06

Views 0

Sepuluh pegawai agama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dipertanggungjawabkan mengurus jenazah mangsa MH17 akan memastikan mayat disempurna mengikut kaedah Islam sewajarnya di samping bersandarkan peraturan pihak berkuasa di negara terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yakin segala urusan bakal berjalan dengan lancar memandangkan kedua-dua pihak saling berhubungan bagi memudahkan urusan.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

Share This Video


Download

  
Report form