Kurangnya kesedaran rakyat terhadap penyakit denggi menyebabkan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan bagi memerangi wabak maut itu tidak berkesan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kes demam dan kematian akibat denggi meningkat lebih dua kali ganda antara Januari hingga 7 Jun tahun ini.