Sejak hari pertama kehilangan pesawat MH370, insiden itu mengundang pelbagai kritikan khususnya daripada media antarabangsa yang mendakwa kerajaan Malaysia tidak telus dalam menyampaikan maklumat.
Situasi itu bukan sahaja memberikan tamparan hebat kepada imej agensi terlibat malah juga meninggalkan persepsi seolah-olah pihak berkuasa malaysia tidak bersedia mendepani krisis itu.
Namun ada yang mungkin berhujah bencana besar seumpama itu jarang sekali berlaku di Malaysia, Justeru tidak wajar menilai pengurusan krisis negara bersandarkan insiden lain.