Digempur ketika leka menghiburkan pelanggan menyebabkan GRO warga asing terpaksa lari lintang lintang pukang termasuk menggunakan pintu belakang untuk selamatkan diri. Cubaan itu bagaimanapun gagal selepas gerakan pantas polis mengepung premis pusat hiburan di Bandar Baru Klang itu. Di akhir operasi, 20 GRO di cekup untuk siasatan lanjut.