Lebih 50 ribu penduduk di sekitar Batu Gajah bimbang dengan keadaan jambatan Sungai Kinta yang kini alami keretakan di bahagian struktur utamanya.
Serentak itu, mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera memperbaiki keretakan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.