Kos bagi misi menjejak pesawat penerbangan MH370 serta siasatannya bakal tercatat sebagai paling mahal dalam sejarah penerbangan.
Selepas empat minggu, kosnya mengatasi kos mencari pesawat Air France 447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah RM163.98 juta.