Selepas 2 hari kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak, pengguna mula menggesa agar peniaga mengambil langkah menurunkan harga barangan. Justeru kami mendapatkan reaksi dari peniaga dan jawapan yang diberikan pastinya mengecewakan pengguna. Alasannya, kos penghantaran dan harga dari pembekal belum diturunkan.