Bencana banjir besar yang berlaku di kelantan ketika ini tidak menghalang seorang pensyarah yang juga doktor pakar perubatan keluarga, USM Kubang Kerian untuk berkhidmat kepada mangsa banjir di Perak. Bagi Dr. Faridah Mohd Zin, 40, walaupun terkandas dan tidak dapat pulang ke Kelantan, beliau tidak mengeluh malah menggunakan pengalamannya sebagai seorang doktor pakar untuk merawat mangsa banjir di Perak.