Masalah komunikasi merupakan cabaran utama bagi bomba dan penyelamat untuk mengatasi bencana banjir kali ini. Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Malaysia, Datuk Soiman Jahid, berkata operasi menyelamat sukar dilakukan kerana petugas penyelamat tidak dapat mengesan lokasi sebenar mangsa banjir, akibat terputus hubungan dengan orang awam.