Krisis air di Selangor

Astro AWANI 2017-12-06

Views 1

Lebih banyak bekas lombong di Bestari Jaya akan digunakan oleh kerajaan Selangor sebagai alternatif bagi bekalan air untuk empangan Sungai Selangor yang semakin menyusut.

Setakat ini, ari dari tujuh bekas lombong, iaitu lombong Kambing Susu A, Kambing Susu B, Kambing Sus C, MBI, Kl Larut, Hang Tuah dan Horas 600 dipam secara berterusan ke Sungai Selangor.

Tinjauan Astro Awani di salah sebuah stesen mengepam air di Bestari Jaya mendapati lombong yang digunakan untuk menampung bekalan air mentah ke Sungai Selangor juga semakin surut akibat cuaca panas berterusan.

Ikuti laporan wartawan Harris Hardy Hakim.

Astro AWANI
Website: http://www.astroawani.com
Facebook: https://www.facebook.com/astroawani
Twitter: https://twitter.com/501Awani
Youtube: https://www.youtube.com/njoiawani
Instagram: http://instagram.com/501awani

Share This Video


Download

  
Report form