Tiada keperluan untuk solat jenazah ghaib ke atas mangsa banjir yang hilang kerana misi pencarian masih diteruskan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata hanya jika jenazah berada jauh dari keluarga dan tidak sempat disembahyangkan, barulah solat jenazah ghaib boleh dilakukan.