Seorang lagi mangsa yang cedera parah dalam kejadian letupan bom di Gurun pada 24 Disember lalu meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani. Sharifah Azlina Hashim, isteri kepada anggota tentera Ayob Hashim yang maut dalam kejadian tersebut meninggal dunia pada pukul 9.21 pagi isnin di unit rawatan rapi hospital tersebut.