Kementerian Dalam Negeri (KDN) memohon rakyat malaysia khususnya penduduk Sabah untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada kerajaan dalam menangani isu di kawasan keselamatan khas pantai timur (ESSCOM). Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemampuan agensi penguatkuasa terbabit dalam usaha menyelesaikan permasalahan yang berlaku di kawasan perairan Sabah tidak seharusnya dipertikai.