Mayat dua lagi mangsa tanah runtuh ditemui

Astro AWANI 2017-12-06

Views 2

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun antara dua mayat yang ditemui dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands, menjadikan jumlah mangsa yang terkorban kini tiga orang. Mayat R.Punesh, pelajar sekolah menengah kampung raja, di sini dan seorang pekerja kebun sayur warga Indonesia, Anipan, 48, masing-masing ditemui pada pukul 8.45 pagi dan 9.20 pagi. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan setakat ini hanya tiga orang terkorban dalam kejadian pada pukul 6.30 petang rabu.

Share This Video


Download

  
Report form