Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak 7 peratus kepada RM448 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2014.
Ia dipacu peningkatan perolehan 12 peratus kepada RM4. 8 bilion.
Menerusi laporan prestasi kewangan yang diumumkan hari ini, Astro berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan 2 digit, didorong pertambahan pelanggan tv berbayar, pelanggan njoi, arpu dan adex.