Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan pemeriksaan kenderaan awam secara menyeluruh sepanjang kempen keselamatan jalan raya bersempena sambutan perayaan Aidilfitri. Pemeriksaan meliputi pelbagai aspek teknikal dengan lokasi tumpuan di lebih 31 hentian rehat dan rawat (R&R) seluruh negara.