Meskipun langkah menjual MAS dijadikan salah satu pilihan dalam menyelamatkan syarikat tersebut, namun untuk mendapatkan pembeli tempatan yang berkebolehan adalah mencabar. Penganalisis penerbangan Flight Global Aviation Greg Waldron berkata, memilih pembeli yang berkebolehan bakal menentukan masa hadapan penerbangan kebangsaan itu.