Perubahan persekitaran global dan domestik mendedahkan negara kepada pelbagai risiko terhadap ekonomi-politik dan sosial. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berpendapat Malaysia perlu merangka dasar keselamatan dalam negeri yang berupaya menjadi garis panduan lebih komprehensif ke arah pembentukan negara maju.