Barangan keperluan di Johor seperti minyak masak, gula dan tepung dijamin mencukupi menjelang musim perayaan ini. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Johor, Ayub Abd Rahman memaklumkan hasil pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis perniagaan di negeri itu mendapati, bekalan minyak masak bukan sahaja mencukupi malah mudah diperolehi.