Tiga nelayan yang hilang sejak 8 hari lalu ketika keluar menahan bubu dipercayai mengalami kerosakan enjin bot sebelum hanyut keluar dari kawasan perairan Pulau Tenggol.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, beliau percaya bot nelayan terbabit hanyut berikutan seluruh kawasan pencarian gagal mengesan bot terbabit.